JoM = KiTa PEnGYu

Friday, February 25, 2011

TahNIaH TiaDa NoKTaH !

Dan untuk kesekian kalinya aku lafazkan SYUKRAN sebagai tanda betapa aku bersyukur dan sangat berterima kasih pada-Nya... Mengapa? kerana menghadiahkan kejayaan yang cukup bermakna untuk warga SMK KIdurong. Keputusan STPM yang berjaya menggapai target dan di luar jangkauan minda...36 org pelajar berjaya menggenggam 4P idaman mereka.  Tahniah kepada anak-anak 6aa1, 6aa2 dan 6as1/2 sesi 2009/2010 kerana berjaya mengharumkan nama SMK Kidurong semerbak-merbaknya.  Tahniah bonda pengetua, Tahniah kepada ibu-bapa mereka yang prihatin terhadap pelajaran mereka, Tahniah kepada rakan-rakan guru yang bertungkus lumus dlm P&P., tidak hanya pada rakan guru tingkatan 6 tetapi juga kepada rakan-rakan guru sedari TADIKA...Juga pada semua . tahniah, tahniah, tahniah.. dan untuk sapa2 saja yang mungkin pernah memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk sama ada dari sokongan, dorongan juga kritikan. 

Mengapa aku begitu teruja, suka dan GUMbira? tak cukupkah sekadar ucapan tahniah kepada mereka? mengapa harus diwar-warkan pada dunia maya ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang berjaya? mengapa harus dicanang-canang pelbagai seperti ini.  aku tak pedulipun apa anggapan orang lain, niatnya aku ikhlas ingin berkongsi cerita GUMbira yang tak mampu aku bendung bahang bahagianya.  manisnya kejayaan mereka buat aku, menandingi 15 senduk gula dalam 1 jug minuman .. malah manisnya lebih dari itu (tapi tetap aku akan pastikan manisnya tidak menyebabkan aku menghidap diabetes..;])  dan kemanisan itu aku usung seminggu-minggu ini.. hatta kaki terpijak paku tekan pun aku bisa lagi senyum ..hiks.. tapi kalo ditakdirkan aku terpijak paku berkarat..pedih dan ngilu pasti terasa la..giler la kalo aku maseh SUNYUM ..hiks

Melihat kejayaan mereka Isnin [21/2] membuatkan aku teringat 14 tahun yang lampau... debaran dan ketakutan juga manisnya kejayaan seperti mereka pernah aku lalui dan rasai satu tika dulu.  berbaloilah usaha andai benar ada usaha, dan andai tiada usaha tapi masih berjaya itu tandanya rezeki yang harus dibalas dengan janji untuk lebih memperbaiki apa yang bakal dihadapi...

Tidak lupa pada sebilangan kecil yang KURANG berjaya, mungkin keputusan tidak seperti yang direncana, usah gusar.., ada jalan lain yang sedia terbentang, jangan mudah berlagu kecewa, kerana setiap pemberian-Nya terselit rahmat yang tiada terduga.  kadang-kadang kejayaan datangnya lambat dan pastinya kejayaan yang terlewat itu akan lebih bermakna malah penuh nilainya.


Melihat wajah-wajah mereka isnin lalu, aku senyum sendiri... wajah-wajah GUMbira yang penuh perubahan...warna muka pastinya kepada anak2 gadis, pipi sudah berubah balau,  hehe kiranya, warna mata juga sudah banyak adunan ..anak mata sudah tiada lagi kaler hitamnya, yang terpacul warna coklat, biru dan hijau.. purple pun ada, anak teruna berubah dewasa persis penyanyi Indon semua. senyum yang kutahan berbaur gembira tak mampu menerbitkan rasa marah melihat aksi mereka yang berubah bagai sesumpah..hehe kukira secara positif bahawa anak2 zaman sekarang gemar fesyen.  kukira juga kalian nakal juga berakal.  noktah!!!

tapi bukan itu yang ingin kucerita, ada gusar terbit tatkala mereka mengambil result, hati berdetik bimbang, harap mereka dapat menapak ke Menara Gading dan mampu berdepan dengan dunia sebenar kehidupan. dengan result yang diperolehi, keluarlah anak2.  Kami di sini merelakan kalian keluar dari desa ini, merantaulah sejauh mungkin, agar kembalinya kalian nanti mampu menabur bakti kepada kami yang mungkin masih setia di bumi Kidurong ini.. setinggi manapun kalian terbang menggapai awan, selaju manapun kalian meluncur di garisan pelangi jangan mudah melatah pada mainan dunia di luar sana.  tetapkan NAWAITU agar kejayaan yang digapai bermanfaat dan sentiasa segar  bermakna.  biarkan embun jayanya terus menitik kesegaran kepada ahli keluarga juga guru2n yang ditinggalkan.  pergilah, pergilah, bergelumanglah dengan kehidupan yang penuh warna-warni. 

Kami? kami guru-guru akan tetap di sini, selamanya kami bergelar guru menyambung tugasan murni yang tak pernah selesai.  Ada tugas baru yang perlu kami galas untuk menyambung tradisi kecemerlangan yang telah kalian tinggalkan.  Ada misi baru yang perlu kami rancang agar tidak terus diambang rasa keselesaan di tahap MAHARAJA...maka bermula lagi detik baru dalam hidup kami guru-guru, untuk menyusun strategi seiring generasi baru kalian agar turut menempa kejayaan yang sama agar berulang dan terusan berulang...

Doakan kami terus diselaputi keikhlasan dalam mendidik juga khabarkan berita gembira kepada kami, menara mana yang kalian berjaya jejaki bagi memenuhi kantung ilmu.

Nukilan hati ini dari seorang guru biasa namun punya cinta yang luar biasa. 




AKU bersama Neng..pelajar TerbaEk STPM SMK Kidurong... dah sama besau ngn Chegu dah Neng oiii
sempat tangkap bukti ..hehe
wajah2 GUMbira guru-guru tunggu pelajar ambik result..

KERJASA MANTAP !!!

No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...