JoM = KiTa PEnGYu

Wednesday, March 7, 2012

Selamat TInggal STPM 2011

Pastinya cikgu takkan pernah lupa 
untuk titipkan kalungan tahniah
buat kalian yang pernah singgah 
menghadir rasa gembira dan tawa, 
duka juga resah ke jiwa pendidik milik cikgu

sejujurnya tahniah ini lahir dari hati nan ikhlas
kerana kalian berjaya menjulang jaya
meski ada segelintir yang tergelincir 
dari landasan yang kalian impikan
 percayalah bahawa segalanya memang telah terencana
oleh-Nya

Tahniah kepada yang meraih kecemerlangan 
dan kepada yang kurang berjaya 
teruskan kehidupan
percayalah Tuhan ada sesuatu untuk kalian yang mungkin lebih bermakna daripada apa yang anda dapat pada hari ini..

Koleksi wajah mereka yang masih aku simpan dan membuat aku senyum hari ini..


yang tetap mencuit jiwa tinggalkan kenangan tiada bernoktah ..moga kalian menjadi insan berguna


terima kasih kerana menunaikan janji 
untuk BM kertas 1


kejayaan hari ini lebih maniskan Mazlina, Adha, Khatimah & Hazwani, Maxwell, Valentine ,Victor, LIm n Marliney ?? tinggalkan keperitan dendaan ...hehe


Walau apa pun keputusan yang kalian perolehi.. percayalah bahawa bumi ini luas dan rezeki itu ada di mana- mana.  


Cikgu doakan kalian terus sukses di mana-mana saja kalian berada

salam syg buat kalian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...