JoM = KiTa PEnGYu

Thursday, March 3, 2011

Cerita TenTaNg PISANG

Ari ney entah mood rajin dtg menggila.. rajin apa? Hehe rajin mengecek email maaa...haha..Fuhzz banyak eh email yg x bersgkut paut ngn idup aku ney...
wachaaa... nyah ko semoa dri inbox ku ..semak4x...

Dalam dok mmbzkan diri mendelete segala email tetiba ati syg lak nak delete satu email dr adik ku yg dh berpindah (Hjh Basariah) walo sudah banyak kali aku baca n dah hafal pun isi kandungannya...

Namun tak pernah sesekalipun rasa jemu itu ada... dan sementara aku maseh bernafas ney .. aku ngan baik ati nak share jugak la  kat korang yang dah follow bEloG aku ney.. yg tak followww.. bace la .. aku tak kenakan bayaran poNg... sajer je nak share ..sharing is caring kan? (dEq hAJJAH hALALkan yer]Hehe.. lagipun apa yang bakal aku share ney sgt bersangkut paut lam khdpn kita di muka bumi ney... tak caya try la baca

Ini kisah tentang PISANG..kenapa PISANG? Kerana tetiba lak aku teringat ngn bapak aku kt kpg la nie tgh bz ngn kebun pisang dia kot..hehe..

Baca dan renungkan lah..........

Pisang dan Hati..



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk 


.'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu ! Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA (mesti baca)

Jauhi perasaan hasrat dengki, menjadi batu api kepada org lain.selalu mengadu² & membuat fitnah. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina.dan hidup KAMU tidak akan bahagia.
Hehe. Bestkan cerita tentang PISANG....

...Selalunya time aku g TAMU nak beli sayur.. bila aku tengok jer PISANG aku pasti ingat email ini... dan kalo boleh aku tak ingin simpan PISANG.. tapi kita manusia kerdil  kadang2 kita terlupa dlm khdpn kita juga sering terbawa PISANG.., kerana adat manusia...ada naluri benci...so aku tukar la prinsip sikit..kalo  aku nak  bawa PISANG pong.. aku akan pastikan PISANG  yang aku bawa itu bukan PISANG tanduk, n aku nak bawa PISANG ynag kecik2 jer n aku usung  dlm 2-3 ari jer..pas tu kalo PISANG tu hamper busuk..aku akan jadikan CUCUR /CEKODOK...ngeeeeeeee

: uwaaa rindu ngn bapak aku n kebuN pisang Dier Kat KampuNg GeriGat yang saLU Kena Curi.., Pisang Pun nak Curi ka??? peLiK,.hiks

1 comment:

Nyra MieyaQi said...

tauk cta pisang tokkk....hehe..i like!!!
Cgu,,jln2 la kt blog kmk yg mseh bru lg brseh tok ---> http://nyrahandcraft.blogspot.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...