JoM = KiTa PEnGYu

Friday, January 21, 2011

Ku nak BerjEwang

Akulah guru mencipta pelbagai rasa...

Bicara pasal guru memang tiada noktahnya...tiada berpenghujung dan tiada jalan penyudah... dek kerana cintakan profesion perguruan la maka aku bergelar guru...hehe
dulu time kat U kengkawan selalu pertikaikan ... gurukah aku? bukan kerana aku tak layak jadi guru tapi kerana guru yang tak layak nak jadi aku...upls ..apa yang aku cakap neh..hehe aku pun tak faham.

Aku suka jadi guru? kenapa erk? kerana aku punya suka la...he gurau!! gurau buat kita rasa muda...bijak pandai yang kata..aku iyakan saja..he

GURU? bukan cita2 aku satu masa dulu... cita-cita aku? emph 'BIARLAH RAHSIA' dah tak tercapaikan buat pa lak aku nak war-warkan..he tak pasal2 jadi bahan ketawa korang la pulak...
tapi sekarang hanya tuhan yang tahu betapa bahagia nya seorang aku bila bergelar guru. Selamanya aku ingin jadi GURU. aku nak panggilan keramat CIkgu melekat di pangkal namaku sampai bebila... Guru buat aku rasa hebat dan tersangatla SUPER... (kerana bila aku masuk jer pasti mereka berdiri bagi hormat)..emph..super tak guru? tapi bukan itu alasannya aku suka jadi guru..hehe

Kenapa aku jadi begitu cintakan profesion ini? ceritanya begitu panjang... yang pasti saban tahun cintaku terhadap profesion ini kian bercambah dan mekar.  dan bila aku renung balik ternyata pilihanku untuk jadi guru adalah satu keputusan yang sangat tepat lagi bulat...dan aku tak pernah ditimpa rasa sesal.

Cerita tentang mereka

Dan hari ini... bila aku masuk ke kelas... merenung wajah2 anak didikku sorang demi sorang.. aku tambah yakin bahawa selamanya aku akan selalu merelakan diri dikelilingi oleh mereka. ternyata inilah jawapan yang aku cari kenapa aku suka jadi cikgu...kerana aku ada pelajar yang aku suka walaupun aku tak tahu mereka suka tak aku..he

Aku dan Mereka

pelajar hadir silih berganti dalam hidup aku... saban tahun ada wajah yang hilang dari pandangan dan ada wajah baru datang menerpa.  walau ada secalit rasa sedih namun perpisahan harus direlakan.  adat dunia.  kalau bertemu tak berpisah2 kang jemu la pulak tengok mereka tak habis2 sekolah kan. patah tumbuh hlang berganti orang kata. dan tahun 2011 aku kena jatuh cinta lagi... jatuh cinta dengan pelajar2 baru la plak.. memang tiap2 tahun aku relakan diri untuk jatuh cinta. kalo aku tak jatuh cinta dengan mereka..SUMPAH aku tak mampu nak sayangi mereka. kalau aku tak mampu nak sayangi mereka bermaksud aku tak mampu hadiahkan ilmu buat mereka...kerana orang kata CINTA membenihkan segalanya...dan 2011 aku dah sediakan tempat yang begitu lapang untuk aku tempat kan mereka sebagai penghuni hati aku... aku ingin mereka menjadi sebahagian daripada diri aku untuk menjayakan azam aku pada tahun ini.  dan aku akan bersatu bersama mereka menjayakan impian mereka menjadi kenyataan ... 

Biar siapa pun mereka 
walau dari kasta mana pun mereka
walau cantik atau hodoh pun mereka
walau tinggi atau rendah pun mereka
walau gemuk atau kurus pun mereka
walau rajin atau malas pun  mereka
tak kira la pandai atau bengap pun mereka
aku akan sentiasa ada untuk mereka ... 
kerana aku sayangkan mereka YANG membentuk rasa cintaku pada profesion perguruan.

Adios... nanti sambung balik... erk.. versi aku bersama mereka di dalam bilik darjah yang bikin aku makin panasaran jadi guru. he


  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...