JoM = KiTa PEnGYu

Friday, April 15, 2011

aku TerjaH

Preng preng preeeeeeegggggg
 3...2....1.... go


Key.. tata
Ku nak blogskodeng ney
Naik motor ngan ayu nyer

Siap la korang,
Aku singgah
Baca entry
N
Salam terjah

Mood jenjalan aku sgt baik ari ney
Coz ari jumaat
Petang yang panjang di umah
..
Oykeyz.

aku Badang Pompuan

Blogger baru bertatih cam aku neh kalo entry kurang menarik jgn ketawa yar... cukup la senyum dlm ati...
Ngeeee
Yg penting aku GIGIH... tengok lengan aku dah ketol2 cam badang dah sebab pinjam istilah gigih + gagah..

Ayat : aku gagah sebab aku create blog cam org len gak walo follower ciput sedut.  uhuks

Thursday, April 14, 2011

TeMaN LaMa




Minggu lalu aku terjumpa teman lama.  Tiada dirancang.  Cuma memandang dari jauh.  Tiada hasrat untuk menyapa jauh sekali untuk berjabat tangan. Yang pasti aku masih ingat dia,

Suami bertanya, mengapa tidak disapa teman sekepala? Teman sehidup tapi tidak semati? Aku jawab selamba.  Dia sudah kudeleted dari friendlist ku. Titik.  Dan perbualan kami mati di situ. 

Balik ke rumah, aku selongkar album2 lama.  Tiada satupun wajahnya menghuni ruang yang ada.  Dan aku temui jawapan. Mengapa dia aku padamkan dari senarai shbt yang ku ada. 

Ya, dia teman lama lagi mesra dulukala.  teman yang pernah mewarnai kehidupan zaman remaja.  Yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan denganku.  Kukira hubungan kami memang akrab.  Segala rahsia kami kongsi bersama.  Kongsi minat dan cerita yang sama,  tentang guru yang kami idolakan, Tentang pacaran, muzik dan filem tontonan.

Kukira aku seorang sahabat yang setia.  Teman yang baik pastinya.. meski ada yang tidak merasa. Yang penting aku tahu isi hati sendiri.  emak selalu berpesan sedari alam remaja sehingga ke alam kerjaya.  BerSahabat biar berpada2.  Berkawan ada batasnya.  Sahabat boleh datang beribu bersama kita tapi yang betul2 setia tatkala kita dilanda badai belum tentu ada.  Aku balas kata emak.  Sahabat yang kupilih selalunya yang mampu menyelamatkan aku tatkala aku lemas dilanda badai gelora.  Selalunya emak akan terdiam.  Aku tahu pasti jawapan berbaur hipokrit menjengkelkan hatinya.  Titik.

Sebenarnya dalam diam aku akui kata emak.  Sesungguhnya aku punyai ramai teman tetapi itu sekadar teman bersenyum mesra, teman sekepala terlalu sedikit rupanya. 

Dia, teman lama yang kuada.  Tempat aku sandarkan seluruh kesetiaan dlm persahabatan.  Tapi usia persahabatan kami terlerai tanpa AKU JANJI. Pudar begitu saja tanpa ada kata pasti. Hilang dan lenyap di bawa arus masa.  Tetapi aku tidak pernah menyalahkan masa atas semua ini, kerana aku percaya semua manusia pasti melalui perubahan.  Dan ternyata perubahan itu berlaku pada persahabatan kami.

Persahabatan kami terlerai tatkala keputusan peperiksaan STPM diumumkan.  Ternyata keputusan peperiksaan berpihak kepada ku dan tidak dia.  Berkali aku yakinkan dia agar menerima dengan redha sementelah dia telah jenuh usaha.  Tapi, kekecewaan dia mengatasi segala.  Nasihatku menghiasi pertemuan terakhir kami agar dia mengambil kembali ujian dan kami sama ke menara. 

Selepas itu, berita tentang dia kian tiada.  Panggilan telefon tiada lagi bertali arus begitu juga tinta.   Pelan2 kemesraan kami hilang. Dan aku tidak tahu salah aku apa? 

Tatkala aku ditawarkan ke Universiti, kami atur pertemuan sebelum keberangkatanku.  Ternyata itu kemesraan kami yang terakhir.  Dia mohon aku pulangkan semua gambarnya. Katanya untuk isi borang.  Konon2nya dia tiada koleksi gbr yang jelas dan terang.  Cetek pengetahuan dan nilaian ku waktu itu.  Aku pulangkan kerana aku tiada temui isi tersiratnya. 

Hanya selepas itu baru aku mengerti, itupun selepas aku cuba kupas kenangan2 lama.  Baru aku tahu bahawa dia tidak mahu aku simpan gbrnya sebagai kenangan.  Lalu Aku ambil keputusan untuk lupakan dia, kerana jauh di sudut hatiku terguris lagi calar.

Cuma satu yang kukesal.   Andai kerana tuah jayaku yang menjadi punca.. maka maafkan aku.  Kerana kita telah sama2 berusaha.  Belajar bersama di perkarangan, malam hari menjelang peperiksaan.  Dan aku tidak pernah menyembunyikan ilmu yang kuada.

Itu kisah tentang aku dan teman lama.  Setelah bertahun pernah jua bersua, dan cuba merapat jurang yang sedia tercipta namun kemesraan antara kami memang tiada lagi.  Dan aku percaya bahawa dia hanya teman dan tak mampu menemaniku sampai kapan pun.

Wednesday, April 13, 2011

SaHabaT


Aku andaikan sahabat umpama hujan.  Kerana mereka datang dan pergi dalam hidup kita.  Kekadang tanpa kita undang dan kadangkalanya pula memang amat kita dambakan.  Sahabat yang baik umpama hujan rahmat yang mampu membasahi bumi yang kontang dan sahabat yang bukan sahabat barangkalinya umpama hujan yang turun pada musim tengkujuh, hadirnya membawa bah yang dahsyat dan mampu menenggelamkan bumi Allah ini. 

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri berapa ramai sahabat yang kita ada? Kalau adapun berapa ramai pula sahabat karib kita? Yang betul2 setia di sisi kita tidak kira badai gred apa yang melanda? 

Renung2kan...hehe

Tuesday, April 12, 2011

Racun Vs Penawar

Mengapa aku suka jadi cekgu???
Ha..inilah sebabnya..
Kerana aku suka mereka
Walo ada kalanya mereka buat aku rasa terseksa
dan putus asa
tapi bersama mereka
mendewasakan aku
mematangkan
dan 
menimbunkan pengalaman 
seorang aku yang bernama GURU


ayu gitue

nakal n control machoooo

yang selalu buat aku geram + marah tapi kekadang penuh lucu



walo salu kena hukum... tapi menten voguehh


Goh ...AJK teknikal time aku ngajar ..tQ


Nenek Sita !!!

yang manis bersemut.hehe



yang cantek ...


cabin crew 1..hehee


cabin crew 2..

jgn mare erk 
itu ajer...permisi yar
banyak lagi pic tapi tak dan nak upload

Sunday, April 10, 2011

Mensyukuri Kehadiranmu HARI

Kalaulah kita ada AHAD 2 kali seminggu + SABTU 1 hari.
Bermakna kita boleh rileks 3 hari seminggu
Tapi hari apa kita nak korbankan?
Isnin?
Selasa ?
Rabu ?
Khamis ?
Jumaat ?
Pokoknya dalam 1 minggu mesti ada 7 hari.
HadUh fenin pulok kepala ney nak memikirkannyeeee
Nak korbankan ari KHAMIS kot..hehe
Coz Khamis banyak kelas nak kena masok..hehe

Tapi berbaloikah kalo aku korbankan ari khamis semata2 nak bagi ari ahad 2X... kerana time aku google kelebihan setiap ari tercatat sejarahnya yang tersendiri
Sayang pulak kalo aku tak kongsikan bersama...
Mana tahu perkongsian ini mampu menginsafi kita bahawa segala yang berlaku di dunia ini sudah tuhan rancang seteliti-telitinya..
Dan moga perkongsian ini mampu menginsafi aku untuk belajar bersyukur untuk menerima kehadiran hari2 dalam kehidupan kita





KELEBIHAN HARI-HARI TERTENTU
Kiriman Inazz [minta dihalalkan perkongsian ini]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari..Isnin, Selasa ..Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad... 


Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri...menjadi memori sepanjang zaman..Apakah peristiwa-peristiwa itu...silalah teruskan bacaan 


Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. Naiknya nabi Idris ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad" 



Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas  dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.. 



Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut          bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam

      telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.. 



Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah... 



Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w  dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra



Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian. 



Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Al;lah menjadikan laiutan yang tujuh... 



Di antara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat...
Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari...hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah...barulah kita dapat gambaran sepenuhnya...alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya...bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah  silam...zaman pemerintahan nabi-nabi... 



InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar...yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini....

ya ALLAh Moga aku terus dalam lembahyung Rahmat-Mu.  Amin

C, I, N, T, A

Mau bicara perihal cinta
Tapi modal di minda sikit Cuma
Nak tambah perisa takut nanti dikata mereka cipta
Nampak pula tiada aslinya
Lalu yang dicoret sekadar Cuma
Yang penting jejari ligat ingin melakar nota
tentang mainan rasa

Aku perempuan yang kaya cinta
Cinta datang juga pergi dalam jiwa
Cinta pada yang satu semestinya
Tiada tolok bandingan
Dan kepada-Nya kuserah segala

Cintaku mekar dan wangi pada bonda juga ayahanda
Tumbuh subur seakan hidup  untuk ribuan tahun
Akarnya erat mencengkam bumi
Tiada goyah walau gempa melanda
Walau jua betapa kuatnya tiupan angin menggoyang sukma
Cintaku pada mereka kan tetap melekap tanpa rekah

Cintaku pada dia yang bergelar suami
Berteleku mencium jejari memohon sinar isteri mithali
Tiada putus doa dipatri
Andai terdampar di lantaian syurga
 berbaris para bidadara semurni kasihnya
tiada lain yang kupinta
hanya dia
selalu di sisi tatkala aku bermuram durja
selalu di sisi tatkala aku berjiwa gumbira

Cintaku pada dia permata sukma
bermunajat kepada Mu yang Esa
moga dia membesar menjadi warisan berharga
tiada kenal jemu mentaati suruhan-Mu
tiada kenal perit membalas jasa
biarlah dia membesar bagai mutiara berharga
setiap kilauan nya
menyuluhi setiap pelusok alam maya
menyerikan warna kehidupan ku
benderang dan penuh ceria

ini kisah tentang cinta
                                                  pasti ada sambungannya...





Yang kucinta ...

Saturday, April 9, 2011

Belasungkawa Buatmu Sahabat.

Sesungguhnya kematian itu tidak mengenal siapa, lelaki atau perempuan, muda atau tua, yang berpangkat juga berdarjat, yang miskin atau kaya raya, yang pandai atau yang sering alpa, yang cantik, tampan atau hodoh. Yang baik atau jahat.  Sesungguhnya Mati itu pasti!!.  Bicara pasal ajal tatkala ia menjemput kita, tidak akan ia lambat mahupun cepat waima seminitpun.  Janji Allah itu sentiasa tepat...

Semalam, ketika dlm perjalanan ke pasar malam, dikejutkan dengan berita kematian sahabat terdekat [rakan seangkatan sekolah menengah] apatah lagi dia sahabat karib suami.  Terkesima !! kerana rasanya tak sampai 2 minit kami berbicara pasal dia di dalam kereta..  suami cerita tentang kenangan lucu mereka sekawan ketika di tingkatan 5. Panggilan telefon sejurus kemudian membuatkan kami betul2 rasa terkejut.  Ya Allah begitu awal dia pergi sementelah baru mendirikan rumah tangga...

Mengingati arwah, memang dia seorang yang sangat pemurah dengan senyuman, mudah ketawa dan ringan tulang.  Semoga kembalinya dia ke rahmatullah pada hari jumaat = Saidul Aiyam “Penghulu Segala Hari” mampu meringan siksaan kubur. Semoga Allah memilihnya dlm kalngan yang diberikan kelebihan seorang muslim yang meninggal pada hari jumaat yang selamat dari fitnah kubur dan terlepas soal jawab kubur sehingga datangnya hari kiamat .  Amin

Apabila kematian menimpa sahabat kita, sejenak hati berdetik, betapa dunia hanya sementara, semakin kita kejar, semakin dunia melarikan diri dari kita dan ... akhirat juga yang abadi.  Ya Allah ku bermohon kepada-Mu agar kami yang tinggal ini tidak terus alpa dengan mainan dunia.. berilah kami hidayat-Mu agar terus mengingati kematian agar mampu kami ukur persediaan bekalan hidup di akhirat, menghindari diri dari penyakit bangga diri dan Melembutkan hati serta jiwa kami yang keras.

Belasungkawa ini khas untuk mu sahabat.  Segalanya tinggal kenangan.  Semoga rohmu dicucuri Rahmat. Dan bagi kami yang tinggal biarlah setiap degupan jantung kami terisi dengan kalimah Allah.



KAMI TITIPKAN BUATMU FAUZI seakan doa baginda Nabi Muhammad SAW ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a

Wahai Allah, ampunilah FAUZI BIN JALI, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...