JoM = KiTa PEnGYu

Thursday, November 10, 2011

Intai Kami

Entry kali ni aku dedikasikan buat seorang teman seperjuangan : 

Kak  AISYAH BINTI MAINOL

Pagi tadi dpt sms berbunyi ‘ Na, Kak Aisyah dapat pindah’  tersentap rasa hati.  Rasa tidak percaya, ulang baca. Sah itu berita sahih

Kaki lantas menapak turun ke pejabat guru,  peluk erat empunya diri sambil air mata mengalir tanpa rasa malu.  Entah bila dpt aku bermanja lagi di atas bahu empuk miliknya.!! ;(

Walau hati tidak merelakan, namun minda tetap akur, sesungguhnya setiap pertemuan pasti tersulam kemesraan… penghujungnya nanti diakhiri dengan detik perpisahan.. suka atau tidak ia pasti akan terjadi

Rakan datang juga pergi silih berganti… dan sekali lagi  kami di bumi Kidurong kehilangan seorang rakan yg penuh pengertian, rakan ketawa dan menangis bersama, rakan tempat menumpang cerita jenaka, rakan bersembang juga rakan seperdebatan, juga rakan sekantin yang sering meriuhkan perjalanan sewaktu menggalas tugasan. Pasti nanti ketiadaanmu kami rasai di sini.  Seberat manapun kaki mu melangkah keluar dari stesyen bertugas ini, berat lagi hati kami yang ditinggalkan. Pasti rindu itu akan selalu hadir!!!

Kami tiada kekuatan untuk menahanmu dari melangkah pergi, namun pintu Kidurong akan selalu terbuka. 
Andai  dirimu ingin kembali, kembalilah!!
jenguklah ruang-ruang kosong kerinduan kami ini, tanpa harus menjadi tetamu baru
Kerana dirimu sebahagian dari kenangan terindah yang kami ada

Dikesempatan yang serba ada ini
Izinkan kami menghulur salam
Salam maaf dan keampunan
Andai sepanjang titian persahabatan  yang terjalin
Ada tutur mengguris rasa
Ada tingkah mencela jiwa
Ada pandangan tersilap sangka
Moga langkah dihayun diiringi kenangan serba manis bersulam ria
Moga persahabatan ini tiada temui noktahnya

Juga Khas buatmu yang kami syg..

 Pertemuan semalam, hari ini dan esok
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk selalu tenang

Pertemuan hari esok
mungkin sukar untuk diramal
mungkin kemanisan itu akan hilang
tapi kami pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan  esok.


…………………………………………………………
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Nota kaki : setakat ini yang termampu. Ada cuak berligar rasa mengundang sedih tiada tara. 




Tuesday, November 8, 2011

CINTA mungE-mungE

Malam ini mahu tulis-tulis
Tapi mahu kongsi apa?
Lama tak mencatat buat minda aku penoh karat
Renung sana lihat sini tengok depan toleh belakang
Zoom mata dekat tv.. semua cerita pasal cinta
Emphh..Bolehlah. Mau pot pet pot pet pasal gelora raga
Kacau jiwa…Hehe

Topik malam ini… tema cinta
Wah Nampak sangat skema,
Ini dia
Cinta mereka yang aku idola
Cinta sampai usia tua
pasak janji dalam jiwa
Jeng jeng jeng..ini dia..
cinta ayah bonda..
Hihi



emmphhhhh...
Ini pula cinta aku
Cinta masih belum berapa nak tua
Sungguh  Banyak beza
kalo Mereka penuh bahagia
Kami penuh gila-gila, 

Hahaha
Sekian
Saja buat lawak


bluekkkkk
hahaha
cinta biar cool !!


Nota kaki: sekadar release tensennnn 
serabut fikir tinggal 3 hari mau cuti tapi
rasa masih belum sedia nak cuti.. hehe

Saturday, October 29, 2011

Tips belajar last minute @ “pecutan akhir”


1. Bertenang dan jangan cemas.  Cool yeahhhh… Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar di saat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda ada sgtlah terhad. Selepas bertenang, Rancang tindakan yang akan anda ambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.


2. Muhasabah diri, imbas kembali result yang anda dpt sebelum ni, jgn mudah putus asa kalau selama ini anda tidak pernah lulus, belajar saat akhir mampu mengubah keputusan anda. Misalnya lah kan … anda orang yg selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu STPM K1, tetapi anda berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir akan mendapat gred A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini sebaik mungkin.. buat pecutan yang paling laju yang pernah anda lakukan sebelum ini. Kalo dlm saat akhir ni anda yang salu gagal tu boleh dapat A.. memang cegu tabik spring laaaaa……ermmmm…..

3. Jangan putus asa. Jangan pandai pandai sendiri menduga bahawa anda akan gagal beberapa subjek yang anda rasa lemah, Ingat !! Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk anda mengulangkaji. Lainlah kalau anda dah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Ingat bila dah habis STPM nanti anda punya tersangat lah banyak masa yang extra untuk buat benda2 lain jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah buku STPM yang ada. Jgn pulak nanti dah habis exam baru nak buka buku-buku STPM ..tu sewel namanya.. hehe ;)

4. Hapuskan tabiat terlebih tidur atau terkurang. Emph.. sapa la tak suka tidur.. almaklum la.. rasa diri tu cam cute jer time tidor kan? Haha  awasss .. saat nafas dah semput dan nak terberak tiba time exam ni ..Masa tidur yang paling ideal ialah pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya lah kan apabila anda tak faham pasti anda akan terus  kroooh kroooh kroohhhh kan? Ha.. sepatutnya tukar jer ke topik lain, jangan paksa diri.. time nazak cam gini .. takyah paksa paksa.. baca jer bab yang rasa boleh skor..ngeeeeee

5. Sekat hiburan. Seperti yang cegu salu pesan Selepas STPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Dlm keadaan nazak last minute cam ney Buat apalah main game kat pesbuk tu, dengar n layan muzik kat U tube, main pesbuk sampai mata juling, bertenet sampai jari kejang tekan keyboard dan tengok tv sampai dinihari… Yakin dan percayalah, selepas STPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa yang tinggal secuit taik hidung ni [ermm ada ka pribahasa ni] hehehe --> untuk menghafal dan memahami pelajaran.

6. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya. Ermhh banyak lagi benda2 pelik yang lain.. tak elok rasanya untuk dikongsikan ..hehe

7. Ulangkaji soalan ramalan STPM dan soalan2 tahun-tahun lepas. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Kalau soalan BM Kertas 1 tu  buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa. .. hehe naper erk..contoh bm kertas 1 jer nie.. haha musykil musykil hahahaa

8. Belajar “cara paling bijak”. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat. Ingat kalau dalam BM kertas 1 soalan bagi tema 3 bermula dari soalan no 24 atau 25 cam tu la.. jadi ini bermakna tema 3 penyumbang terbesar markah dlm BM 1.. ha apa tunggu lagi.. 5 bab tu mesti baca habis.. soalan-soalan 5 bab terakhir tu kena salu buat.. kalo nak superb lagi .. fotostat bab 11 hingga bab 15 pas tu rendam dlm air pastu minum dhaaaa.. haha [yang ini jangan ikut] lalalalaaa

9. Buang rasa nak habiskan semua bab dengan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa STPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.  Toink toinkkkkkk hehe logic la jugakk kannn

Dan yang terakhir ….

10. Yakinlah  terhadap kebolehan diri.  Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Ingat …Segalanya berpunca dari diri kalo anda kata boleh maka bolehlaaaaaahhhhhh … ingat kita tidak lahir untuk menikmati kegagalan …. ;))) 




Nota kaki yang mulus :  Tips  ini hasil perkongsian pintar di internet  [mohon share pihak berkenaan] hehe dan ditambah dari pengalaman diri. Moga-moga dpt membantu!!

2 minggu lagi !!!

Ini sajak serabai ... bertajuk 2 MINGGU LAGI ;) hehe


Dua minggu lagi
musim peperiksaan menjengah tiba
Apa khabar gamaknya?
para pelajar semua
tengok muka cool aja..
menten lagi n gelak suka-suka


Dua minggu lagi
Musim peperiksaan menjengah tiba
Nak Try Tanya
sudahkah ditilik bekal yang ada
takut nanti tak cukup pula
menampung musim periksa
terpancit idea menghenti pena
tak dapat berpatah ke jalan mula


Dua minggu lagi
Musim Peperiksaan menjengah tiba
Sudahkah buku ditelaah semua
Bukan mukabuku yang dihadap sentiasa
Tapi mukailmu yang sewajarnya
Takut nanti ter’login’ pula
Kertas kajang n kertas OMR
Ditulis password janganlah pula…


Dua minggu lagi
Musim Peperiksaan menjengah tiba
Tolong check mana yang tiada
Try duga ilmu di dada
Kalo masih kurang terasa
Harap ditambah perisa yang ada
Jgn dibiar kosong sahaja


Dua minggu lagi
Musim peperiksaan menjengah tiba
Ingat pesan cikgu cikgi semua
Sesal kemudian tiada berguna
Melopong menangis melalak segala
Boleh dihindar pastinya
Andai usaha dilambak setia
Kepada ilmu yang tersedia ada
Untuk anda semua
Yang ingin Berjaya


Dua minggu lagi
Musim peperiksaan menjengah tiba
Gut luck yaaa
Biar lunyai menghafal fakta
Jangan serabai bermain cinta
Game di pesbuk jangan terleka
Lagu di youtube abaikan saja
Sinetron di tv pejamkan mata
Yang penting ini masanya
Saat berkorban hiburan dunia
Untuk sesuatu yang menghasilkan MAKNA
Kejayaan buat semua..



Dhaaa…. Hehe
Stpm .. fighting3X

Thursday, July 28, 2011

CIKGU Bukan RAKSASA !!!

Aku : Kenapa saya nampak awak lain macam je.
Dia : Saya takut cegu
Aku : Takut? takut kat siapa
Dia :  Takut kat cegu ;(
Aku : Aik!! kenapa pulak takut kat saya?
Dia : Takut tengok muka cegu macam mau marah?
Aku : Terkedu ! ???    Emph ..sebenarnya.. saya pun takut..
Dia : Kenapa ?
Aku : Takut tengok awak :(
Dia : Kenapa?
Aku : Takut awak tak buat kerja rumah..
Dia : Kenapa?
Aku : yalah ...kalo awak tak buat kerja rumah yg cegu bagi .. pasti cegu akan marah, dan ...kalo cegu marah awak lah yang akan  jadi takut.......jadi cegu takutla.. kalo awak takut kat cegu
Dia : ? ? ?
Aku : ? ? ?

adoyaiii.. inilah kali pertama aku alami situasi ini sepanjang hampir 9 tahun aku bergelar cegu... benar2 aku terkesima... nak cakap apa erk ...
 
jauh aku renungi...

Kenapa harus hadir perasaan takut kepada cegu kalau kita tak bersalah? Takut hanya akan menyebabkan kita rasa tidak seronok dan tertekan.. seharusnya hubungan antara guru dan pelajar tidak patut diselaputi rasa takut.. Yang penting adalah rasa HORMAT ..kalau kita HORMAT kan guru, kita pasti akan berusaha untuk membuat yang terbaik untuk diri dan guru. hasilnya proses P&P akan jadi lebih menarik..


Sebenarnya tipu la..kalo dlm hati aku tidak ada rasa sedih :( 
Aku sedih kerana melihat riak muka ‘Dia’ yang takutkan aku...di usia ‘Dia’ sepatutnya ‘Dia’ tahu menilai erti keikhlasan dan kasih sayang seorang guru.

Aku cuba pujuk diri... mungkin ‘Dia’ masih mentah untuk menilai istilah ‘cubit-cubit sayang seorang guru’ dan aku berharap satu hari nanti ‘Dia’ akan mengerti  
sesungguhnya...

“ Dalam amarah seorang guru, terselit niat untuk membantu’

Dan..Untuk ‘Dia’ dan mungkin untuk pelajar2 cegu yang lain2nya..cegu ingin kalian tahu:

Sesungguhnya Cegu bukan RAKSASA yang perlu ditakuti..
Juga cegu tak minta untuk disanjungi...
cukup hanya sekadar dihargai.. 


I'M NOT A MONSTER
I'M SIFU yehaa
 





















 “Ya Allah kepada-Mu ku bermohon sematkan aku nawaitu seorang GURU yang  berjiwa CIKGU dan seorang CIKGU yang berjiwa GURU.  Sesungguhnya aku cintai profesion ini”

Monday, May 16, 2011

Guru Aku dan Aku Guru

Hari Guru datang lagi...Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang telah Berjaya mendidik aku menjadi insan yang berguna... aku katakan berguna sebab aku dah jadi chegu pun..bermakna aku dah jadi sebahagian daripada mereka..hehe

Bestnya Time skul dulu-dulu. Banyak betol kenangan2 indah.  Semestinya ramai guru yang membantu mengindahkan kenangan2 itu.. mereka watak utama dalam menjayakan pengalaman aku semasa bergelar pelajar dulukala.  hehe  trima kaseh cikgu.  Kalian begitu berharga

Jauh lagi sayup Ingatan aku tetap ada kat CIkgu ni.  Kami gelar dia Cikgu Manni  sekampong ngn aku.. dia yang ajar kami dengan sabarnya.. dan dialah antara cegu tadika yang masih aku ingat sampai sekarang.  Hehe sengkeknya ingatan aku..hahaha

Masuk Sekolah Rendah lak.  Aku belajar kat SK Abang Leman Kabong,  dulu2nya SRK.. bukan Shah Rukh Khan..hehe dah tua2 ni banyak gak nama Cikgu yang bersawang dlm ingatan aku yang nipis ney.. tapi ni la senarai nama cikgu yang  tak pernah aku lupa.  Cikgu Safri Waldi..Cikgu BI kami darjah 6 .. garang tapi baik... ingat lagi kami berdiri satu kelas sambil bawa stokin gara2 tak hafal buku cerita dlm BI. Makaseh cikgu. Garangmu ada sebab..hehe,  Ingat jugak kat CIkgu Rosemary, cikgu ney ajar aku time darjah 2, Ya Allah baik giler cikgu ney. Entah dia tahu tak istilah marah..kerana seingat2 aku dia tak pernah marah pun kat kitaorang.. Ustaz Zatar ajar kami Agama Islam darjah 4.  Lunak suara dia time ajar baca surah.   Adoi..rindunya ngn cikgu2 dulukala,  cikgu Fatimah pun ku masih ingat..ajar kami muzik.  Sekarang dah pencen..dah jadi bestfren mak aku pun sekarang..hehe.  cikgu Mokthar pun aku maseh ingat..ajar BM darjah 4..hehe.. pernah aku kena hukum sebab salah guna perkataan ‘jua’ dan ‘juga’ dalam karangan ..bukan apa aku guna ‘jua’ hari tu aku baca buku cerita abang aku..dalam nya ada ayat ‘.......jua’ so aku praktis la guna..hehe..tak lupa cikgu Moktar lio.. dia warden asrama kami jugak..

Masuk Sekolah Menengah aku Sekolah sekejap kat SMK Kalaka Roban..sempat la kenal beberapa orang guru kat sana terutamanya CIkgu Samad.. ajar BM.  Nak tau sekarang ni aku tak panggil lagi dia Cikgu Samad aku panggil dia Ngah Din, coz sekarang  ni aku dah kawen ngan anak saudara dia..ekekekeeeee

Berpindah Masuk ke SMK BM Saratok.. aa sinilah aku membesar dari tingkatan 1 hingga 6 Atas.  Gile la aku kalo tak sayang Sekolah ni.. agak segar ingatan aku kat cikgu2 kat sini.  Hehe aku memang tabik spring kat dua orang cikgu kesayangan aku ni Cikgu Nooriza Yaman, dan Cikgu Martina Munai.  Cikgu yang buat aku rasa dihargai sebagai pelajar.  Best arr diaorang mengajar. Memang aku cepat faham. Nak2 lagi aku duduk depan sekali.. time Cikgu Nooriza Yaman mengajar memang mulut aku melopong..hehe kagum.. n syg giler kat Cikgu Martina yang sanggup buat kelas tambahan malam2 untuk kami semua..emuah ..15 bintang untuk mereka...hehe

Cikgu2 lain pun best gak antaranya Cikgu Beritin Empawi yang selalu bawa kami belajar tepi kolam, dia kata kalo dlm kelas memanjang kami mengantok..so belajar  dan salin nota kat tepi kolam, mata segar.. hehe  ingat jugak kat CIkgu Dom Nambi yang menten cool, Ustaz Azman yang suka bercerita n berjenaka time ajar Sejarah Tamadun Islam [cikgu saya bukan ayam togel lagi..sebab saya dah pakai tudung..hehe], Cikgu Daud Mohamad & Cikgu Justi Amban, juga CIkgu Azlan guru Pengajian Am kami,

Dan aku tak pernah lupa kat cikgu2 tingkatan 4 & 5.  Cikgu yang aku cukup kagum ajar BM jugak ialah cikgu Zaiton.  Mata bulat dia buat kami nervous n ketar2 bila jawab.. tapi kami happy time dia ajar..pas tu dia pindah diganti pulak cikgu Basir,  cikgu ni pun best.  Aku suka dia. Best ngajar buat aku tak boring . tapi dengar khabar dia dah meninggal dunia.. alfatihah..moga rohmu dicucuri rahmat Cikguku sayang....[sedih]  

Seterusnya Cikgu Regina cikgu BI yang tegas, baik macam mak, tenang time mengajar.   Tak lupa Cikgu Cheng [guru tingkatang 4C/1995; salam sayang buat cikgu,,hehe trima kasih krn bagi derma RM20 untuk kami sambut hari guru time tu..meriah kan? Dan satu lagi cikgu, terima kasih kerana hantar saya balik rumah time saya demam...cikgu terima kasih kerana bagi semangat kat saya..cikgu memang cikgu sains yang superb..ingat lagi tak time kami g makmal..masa tu sinki tersumbat; ayat cikgu yang tak boleh saya lupakan : 'ini musti SUMUT punya pasal itu pasal SUMBAT' haha..cikgu nostalgik betol la ayat tu..kesian semut!!!], Cikgu Sarifudin..mana lah cikgu sekarang kan? Maaf cikgu kerana selalu buat cikgu marah..hehe, Cikgu Mohamad Ismail [guru tingkatan 5C/1996: cikgu memang taraf A1..ingat lagi cikgu buat tuisyen Mate kat umah,.isteri cikgu hidang air oren dan jamu kami..baik sesangat..nak kata tuisyen tak jugak..kerana cikgu tak mintak bayaran pun..cikgu kami sayang cikgu] sekarang cikgu dah balik kpg halaman..moga cikgu sentiasa ingat kami kat bumi kenyalang ni

Cikgu yang aku minat giler sebab dia hensem n isteri dia pun lawaaaa..hehe..tadhaa  Cikgu Abdul Hakim n wife dia cikgu Noraidah.. canteeekkk..  tak pernah jugak aku lupa cikgu Azmi cikgu sejarah kami.. sampai sekarang pun aku masih ingat cara dia terangkan Sejarah Kerajaan Agraria dan Maritim hingga aku boleh ingat sampai sekarang.. memang suntikan beracun la.... dia memang agak garang.. sebab dia guru disiplin... tapi sebenarnya tak da la garang sangat.. he cikgu Rahim cikgu Perdagangan aku pun tak lupa key..cikgu Romantik tak da istilah marah2..hehe. terima kasih cikgu!!!

Cikgu2 yang ajar aku tingkatan 1-3..semestinya cikgu Mordiah, Cikgu Collin, cikgu Abang Sapini, Cikgu Kiprawi, Cikgu Jamilah, Mdm Ling, Ustaz Rosli [cikgu, saya dah buktikan kan cabaran cikgu tu.??], dan banyak lagi laaaa.... cikgu2 yang tak sempat aku nak tulis kat sini.

Adoh nak tulis semua ni mau empat blas muka surat cerita pasal cikgu cikgi...hehe

Apapun, aku memang terhutang budi kat cikgu2 aku, tanpa mereka aku tak akan berdiri dan duduk di tempat aku sekarang, menjadi guru dan menjadi penyambung kepada tugasan mereka. 

Dalam diam2 aku ingin jadi macam mereka.  aku nak jadi guru yang pelajar aku ingat sampai mati.  Tapi bolehkah mereka ingat aku..hahaha.. mustahil jugak kan..banyak lagi benda berharga lagi bermakna yang mereka nak ingat..haha.. macam bermimpi di siang hari pulak aku..hehe

Dulu-dulu time Hari Guru kami buat party kat cikgu2.  Ingat lagi time aku tinggal kat kuarters, rumah aku dijadikan tpt untuk masak dan simpan makanan untuk hari guru.. nak jadi cerita, time nak g skul tak der lak  kenderaan dan angkut semua makanan tu..nasib baik ada abang 2 yang kerja bomba kat depan umah aku..haha diorang yang tolong hantar guna van bomba..hahaha pecah perut ketawaaaaaaaaa..geli ati..baik la dioranggggg.. terima kasih abang bomba...sekarang pejabat bomba tu dah takde lagi di situ n kuaters tempat ku tinggal tu pun dah tak de lagi ..dah dijadikan jalan n ada traffic light kat situ..

Sekarang pulak masanya untuk aku diraikan.. tahun2 lepas pelajar buat party..potong2 kek.. wah ini rasanya jadi guru.. best la..kalo boleh biarlah Hari Guru disambut 5 kali setahun...ahaksssss antara sambutan hari guru yang tidak boleh aku lupakan sambutan hari guru tahun 2006 waktu tu aku guru tingkatan 5A. Pelajar semuanya sporting giler.. [tQ Zafirah, Amylia, Amjad, Aina, Azman, Amalina, Faizal, Dyg Ct Zuriana, Safri, Amirul, Winnie, Zurich, dan ramai lagi] dan sambutan hari guru tahun 2009, aku guru tingkatan 6AA1 [tQ kat FariQ, Sima, Noranissa, Dyg, Morniah, Nina, Benn, Anwar, Sherry, Imie dll]  kalian benar2 buat cikgu rasa dihargaiii....

Bilapun sambutan hari guru dan di manapun sambutannya.. serta betapa pun keadaannya.. sesungguhnya Hari Guru pasti bermakna kepada sesiapa yang pandai menilai erti kepayahan bergelar guru... kepada guru2 dari tadika hinggalah ke university budi kalian memang tidak mampu aku balas.  Setiap himpunan doaku tidak pernah lupa untuk membisikkan kemuliaan darjat kalian.. Amin


u/p 1: Selamanya aku ingin bergelar SIFU... IZINkan aku mencurahkan yang terbaik.
u/p 2: Kepada guru2ku: maaf tak dapat nak masukkan semua nama.. tapi itu tidak bermakna aku lupakan kalian...


Sunday, May 15, 2011

I LuV May..mei huaaa

Nak hap det belog aku... tak ada modal nak story mory plak
emph oleh kerana ari ni hari ahad.. hari cuti yang penoh rasa penghayatan dari aku tambah lagi cuaca yang  menyokong penoh mood santai maka aku nak ceta la pasal curi  cuti .. 

walo bulan Mei dah sampai pertengahan pun..aku tak kira.. aku nak sentoh jugak pasal bulan Mei..

Banyak betol hari-hari istimewa dlm bulan Mei ni.
Dan semestinya bulan Mei adalah antara bulan yang sering aku tunggu setiap tahun
Pastinya ... hehe

Dalam pada tu terfikir jugak aku kenapa ramai orang yang nama timangannya ala2 sempena bulan Mei = cthnya Mei, Mey Ling, May Chin [hehe jgn mare amoi cantek kat skul aku ni] he, Maisarah = org panggil May jugak kan? Hehe Meyla,  MeyLah, Meynah [semua ni kena sebut ala-ala Mat Saleh daaaa]

Ha.. ney semua gara-gara bulan Mei ni sangat istimewa.ye la kan pada bulan ni berhimpun segala hari2 istimewa yang rasa rugi kalo kita tak sambut.

1 Mei : Hari Pekerja


Ha..ini cuti bagi semua warga negara Malaysia yang berkerjaya..jemput jemput la cuti.. Aku suka ari ni.. cuti la kan.. sapa yang tak suka cuti.. kalo korang tak suka cuti korang bagi jer cuti tu kat aku..hehe 


8 Mei : Hari Ibu



Hari Pengiktirafan untuk para Ibu yang jasanya tak boleh kita nak ukur dan balas sampai bebila pun.. serius ... bila aku dah bergelar ibu baru aku tau camne rasanya jadi ibu.. memang aku cukup kagum la kat mak2 kita .. tapi Hari Ibu ni sangat2 tak layak ditujukan buat mereka yang pernah ada sejarah buang anak kat tepi longkang, parit, depan masjid, depan spetal, dalam tong sampah.... kalo diorang sambut jugak aku sumpah jadi tong sampah..hak puiii..  aik... tak pasal2 aku jadi emo..hehe


16 Mei : Hari Guru


Ha hari ni aku memang suka ..pasal apa? Sebab aku guru...jadi hari ini sesangat la bermakna buat aku dan para pendidik yang lainnya..ye lah kan usaha kami dihargai jugak la kan...kan ..kan .next time Hari Guru bagi la cuti umum 3 hari..hiks



17 Mei : Hari Wesak


Seperti yang kita tahu Hari Wesak ni ialah hari penting bagi penganut agama Buddha... walo tak berkaitan pun dengan aku..tapi sebagai rakyat Malaysia yang menyokong 1 Malaysia ... aku tulis la jugak kat blog aku neh..lagipun Hari Wesak dah pun diumumkan sebagai cuti umum..ha..aku kan suka CUTI..hehe


30 / 31 Mei – 1 Jun : Pesta Keamatan / Hari Gawai



Yang ni untuk Sabah dan Sarawak jer. Hehe.. oleh kerana aku ada ramai kengkawan bumiputera Sabah & Sarawak. So aku pun tumpang la rasa gembira.. bukan apa.. rasa gembira cuti 2 minggu persekolahan pertengahan tahun ...hiksss.. jahatnyer aku.. nak cuti jer ...lalalalalalaaaaaaaa


Tapi ada satu hari lagi dalam bulan Mei tak yah la nak celebrate key.. sekadar kita ingat sejarahnya dan ambil iktibar sudah memadai



Peristiwa Berdarah 13 Mei

Ha..ingat
Bukan haribulan tu yang berdarah
Tapi peristiwa di sebalik kejadian tu..
13 Mei tu tak bersalah langsung pun..

Ops..apa aku merepek ni??  Emph
 Ye la kan ..darah guru sejarah masih lagi menular hebat dalam  jiwa aku walo aku dah tak lagi ajar subjek ni..hihihi

bulan Jun? apa yang ada..nanti kita sambung yer..

p/s dan ada satu lagi hari penting dalam bulan ni..9 Mei. Hari jadi adik aku..hehe.. hadiah belum beli lagi ni.. time nak balik kpg baru huru hara nak beli..he

Tuesday, May 10, 2011

Nota Cinta

Rutin pagi.  Masuk bilik guru. Check sit in.  Emph.. mata melilau. Yupp... ari ney dapat sit tingkatan 3.  Nama kelas dirahsiakan atas sebab takut menimbulkan ke’malu’an seisi kelas dan yang empunya diri. Hehe

Ya Allah.. pendek kata mau namblas kali ku check kelas  yang ku nak sit in ney..takut silap..he.. tiba masa aku pun g la ke kelas.. toink.3X mau lak aku tawaf satu skul dok cari kelas ney..hampeh tol. Padahal aku dah pernah pun sit in kelas ney.. hahaha

Seperti biasa masuk kelas, muka buat-buat garang.  Dengan harapan pelajar seram tengok n tak buat bising. Al maklum guru masuk sit in ni bukan diorang pandang sangat.. mau tersembul bijik mata tengok diorang bising pun..diorang boleh selamba lagi senyum...

Key ati kena cool !!!... hehe..

Pelajar : selamat pagi cikgu [dengan irama yang mendayu2]
Aku : key sekali lagi.. dengan intonasi tegas [muka menten bengis...ngeee]
Pelajar : selamat pagi cikgu [tegas dan bersemangat]
Aku : key duduk..
Pelajar : terima kasih cikgu
Aku senyum.. baru ada semangat. Hehe

Seperti biasa, bila aku masok sit in.. perkara pertama aku lakukan ialah check bil pel dlm kelas,, kot-kot ada yang berani ponteng, pas tu aku sign la buku pemantauan. Hehe skema tak?

Perkara kedua: arahan aku ialah suruh diorang keluarkan buku atau kerja rumah.  Siapkan.  Tutup mulut.  Tak payah nak berbual2.

Aku pun buat la kerja aku, yalah kan... nak ngajar diorang pun aku nak ajar apa? Setakat sivik bolehla aku ajar.. kalo subjek lain takut lak terpesong akidah diorang..

Dua perkara aku suka kelas ni.. pertama ikut kata dan yang kedua memang senyap.  Menjadi jugak muka seram aku ney..hihi..ketawa dlm hati..

Tapi ....
Time aku dok buat kerja aku, ekor mata aku sempat tangkap satu pergerakan yang pantas,  dan pergerakan2 itu berhenti kat seorang pelajar perempuan...

Aku dongak kepala..renung diorang...
Chop !!! Nah aku Berjaya tangkap satu nota cinta... hihi

Aku : bak sini kertas tu
Pelajar perempuan: [pergi depan dan serahkan kertas tu kat aku]
Aku : [baca] adoi
Pelajar perempuan: diorang yang bagi cikgu, saya tak balas
Aku : siapa yang tulis ney?
Pelajar perempuan : [tunjuk pelajar tersebut]
Dua pelajar berdiri.. sama2 tak ngaku
Okey tak ngaku ya..okey... tunggu..
Strategi2...Aku pun buat-buat la baca

Aku : Kehadapan suluku [kekasihku] _______________________
Pelajar lelaki 1: ? ?
Pelajar Lelaki 2:  eh, takda saya tulis camtu cikgu. Bisi urang belakang nampung nyak [ ada orang lain tambah tu]
Aku : nah kan dah kantoi awak yang tulis...[memang aku sengaja tambah pun] hihihi

Sebenarnya aku sengaja kongsi pengalaman ini...
Nak tau apa pelajar tu tulis kat pelajar perempuan tu????

Jeng jeng jeng..suspen suspen suspen !!!!

“ siyum tuwa” atau dalam versi BM nyer [cium kita]

Ringkas jer kan.. tapi mau pecah ketawa aku ... 

Aku pun tengok la pelajar lelaki tadi.. kesian gak aku kat dia ... ada gak ati ajak awek cium... SEKEPING jer aku tengok.

Sebelum aku kuar sempat lah aku ceramah sikit tentang belajar dulu n dapat dulu 8 A, sambung belajar n dapat kerja bagus2 baru nak bersiyum siyum... [bercium-cium] kalo buat sekali lagi nota cenggini chegu bawa jumpa PK HEM.  Pelajar tu angguk2.  Harap die tak buat lagi la pas kantoi ari ney..

Tapi nota cinta tu memang aku simpan... aku nak buat ape erk? Entah.  ... dan wajah pelajar tadi  masih aku terbayang-bayang buat aku senyum sorang sampai skarang.. hehe tak sabar nak sit in kelas tu lagi.. nak tau perkembangan... hihihi

dan ... apa yang aku nak share : Risau aku dengan perilaku pelajar  sekarang.   Salah siapakah? atau adakah ini pengaruh cerita siyum siyum? ..hehehe

u/p ; banyak kenangan lucu time sit in yang tak boleh aku lupakan...heheehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...