JoM = KiTa PEnGYu

Friday, February 25, 2011

TahNIaH TiaDa NoKTaH !

Dan untuk kesekian kalinya aku lafazkan SYUKRAN sebagai tanda betapa aku bersyukur dan sangat berterima kasih pada-Nya... Mengapa? kerana menghadiahkan kejayaan yang cukup bermakna untuk warga SMK KIdurong. Keputusan STPM yang berjaya menggapai target dan di luar jangkauan minda...36 org pelajar berjaya menggenggam 4P idaman mereka.  Tahniah kepada anak-anak 6aa1, 6aa2 dan 6as1/2 sesi 2009/2010 kerana berjaya mengharumkan nama SMK Kidurong semerbak-merbaknya.  Tahniah bonda pengetua, Tahniah kepada ibu-bapa mereka yang prihatin terhadap pelajaran mereka, Tahniah kepada rakan-rakan guru yang bertungkus lumus dlm P&P., tidak hanya pada rakan guru tingkatan 6 tetapi juga kepada rakan-rakan guru sedari TADIKA...Juga pada semua . tahniah, tahniah, tahniah.. dan untuk sapa2 saja yang mungkin pernah memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk sama ada dari sokongan, dorongan juga kritikan. 

Mengapa aku begitu teruja, suka dan GUMbira? tak cukupkah sekadar ucapan tahniah kepada mereka? mengapa harus diwar-warkan pada dunia maya ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang berjaya? mengapa harus dicanang-canang pelbagai seperti ini.  aku tak pedulipun apa anggapan orang lain, niatnya aku ikhlas ingin berkongsi cerita GUMbira yang tak mampu aku bendung bahang bahagianya.  manisnya kejayaan mereka buat aku, menandingi 15 senduk gula dalam 1 jug minuman .. malah manisnya lebih dari itu (tapi tetap aku akan pastikan manisnya tidak menyebabkan aku menghidap diabetes..;])  dan kemanisan itu aku usung seminggu-minggu ini.. hatta kaki terpijak paku tekan pun aku bisa lagi senyum ..hiks.. tapi kalo ditakdirkan aku terpijak paku berkarat..pedih dan ngilu pasti terasa la..giler la kalo aku maseh SUNYUM ..hiks

Melihat kejayaan mereka Isnin [21/2] membuatkan aku teringat 14 tahun yang lampau... debaran dan ketakutan juga manisnya kejayaan seperti mereka pernah aku lalui dan rasai satu tika dulu.  berbaloilah usaha andai benar ada usaha, dan andai tiada usaha tapi masih berjaya itu tandanya rezeki yang harus dibalas dengan janji untuk lebih memperbaiki apa yang bakal dihadapi...

Tidak lupa pada sebilangan kecil yang KURANG berjaya, mungkin keputusan tidak seperti yang direncana, usah gusar.., ada jalan lain yang sedia terbentang, jangan mudah berlagu kecewa, kerana setiap pemberian-Nya terselit rahmat yang tiada terduga.  kadang-kadang kejayaan datangnya lambat dan pastinya kejayaan yang terlewat itu akan lebih bermakna malah penuh nilainya.


Melihat wajah-wajah mereka isnin lalu, aku senyum sendiri... wajah-wajah GUMbira yang penuh perubahan...warna muka pastinya kepada anak2 gadis, pipi sudah berubah balau,  hehe kiranya, warna mata juga sudah banyak adunan ..anak mata sudah tiada lagi kaler hitamnya, yang terpacul warna coklat, biru dan hijau.. purple pun ada, anak teruna berubah dewasa persis penyanyi Indon semua. senyum yang kutahan berbaur gembira tak mampu menerbitkan rasa marah melihat aksi mereka yang berubah bagai sesumpah..hehe kukira secara positif bahawa anak2 zaman sekarang gemar fesyen.  kukira juga kalian nakal juga berakal.  noktah!!!

tapi bukan itu yang ingin kucerita, ada gusar terbit tatkala mereka mengambil result, hati berdetik bimbang, harap mereka dapat menapak ke Menara Gading dan mampu berdepan dengan dunia sebenar kehidupan. dengan result yang diperolehi, keluarlah anak2.  Kami di sini merelakan kalian keluar dari desa ini, merantaulah sejauh mungkin, agar kembalinya kalian nanti mampu menabur bakti kepada kami yang mungkin masih setia di bumi Kidurong ini.. setinggi manapun kalian terbang menggapai awan, selaju manapun kalian meluncur di garisan pelangi jangan mudah melatah pada mainan dunia di luar sana.  tetapkan NAWAITU agar kejayaan yang digapai bermanfaat dan sentiasa segar  bermakna.  biarkan embun jayanya terus menitik kesegaran kepada ahli keluarga juga guru2n yang ditinggalkan.  pergilah, pergilah, bergelumanglah dengan kehidupan yang penuh warna-warni. 

Kami? kami guru-guru akan tetap di sini, selamanya kami bergelar guru menyambung tugasan murni yang tak pernah selesai.  Ada tugas baru yang perlu kami galas untuk menyambung tradisi kecemerlangan yang telah kalian tinggalkan.  Ada misi baru yang perlu kami rancang agar tidak terus diambang rasa keselesaan di tahap MAHARAJA...maka bermula lagi detik baru dalam hidup kami guru-guru, untuk menyusun strategi seiring generasi baru kalian agar turut menempa kejayaan yang sama agar berulang dan terusan berulang...

Doakan kami terus diselaputi keikhlasan dalam mendidik juga khabarkan berita gembira kepada kami, menara mana yang kalian berjaya jejaki bagi memenuhi kantung ilmu.

Nukilan hati ini dari seorang guru biasa namun punya cinta yang luar biasa. 




AKU bersama Neng..pelajar TerbaEk STPM SMK Kidurong... dah sama besau ngn Chegu dah Neng oiii
sempat tangkap bukti ..hehe
wajah2 GUMbira guru-guru tunggu pelajar ambik result..

KERJASA MANTAP !!!

Sunday, February 20, 2011

Izinkan Aku Pulang

Kabong.  11/276 Kampung Hilir.

Ahernya aku berjaya juga menyedut udara puss puss kampung nan segar selepas memujuk boypren ku untuk balik kampung ...  hehe..dan sekarang pastinya aku sedang berpoya-poya di beranda rumah, dudok2 sambil berbloging...

Sempena kepulangan aku ke kampung halaman minggu ni... ku nak share satu sajak yang dah lama aku tulis...walau bunyinya kedengaran huduh... n [may be tak der nilai estetika @  Melankolik bagi korang]
hehe...kutetap gak nak publish...ghee..

IZINKAN AKU PULANG

Izinkan aku pulang
dari daerah resah ke desa damai
dari daerah hiruk ke desa kesunyian
dari daerah kebencian ke desa penuh kasih sayang
dari daerah ego ke desa penuh perhatian

Izinkan aku pulang
mencari segala yang terhilang
mencari segala yang terbuang
mencari segala yagn tertinggal
mencari segala yang tercicir
di desa kenangan ini

Izinkan aku pulang 
mengutip kembali sisa impian dan harapan
sisa cinta dan cita
sisa anganan dan igauan
yang pernah aku kuburkan tanpa tanda tersedia nisan

Izinkan aku pulang 
mengabadikan diri 
di desa terpencil ini
kerana mungkin esok
tiada lagi kepulangan untukku


hihi.. sajak dari seorang perantau tegar...
p/s: Suka = Baca
     Tak Suka = pun Kena baca..lalallaalaaaaaaa







Friday, February 18, 2011

Sekolah ku BerSukan..

Yehaa sukan sekolah pun dah selesai... esok cuti peristiwa.. best giler leh lepak kat umah dengan aman dan damainya... keja skul tangguh dulu la kot.. he entah nape lak aher2 ni dilanda demam malas tapi rajin lak layan drama korea.. aduiii.. tapi tak pe la..dulu time aku skul chegu salu kata ..cuti is cuti ..[1] jadi time cuti kita cuti puas2 jgn fikir pasal keja ..[2] n time keja kita keja elok2 jgn pikir pasal cuti.. emph ayat pertama tu ku memang ikut la tapi biasanya ayat kedua tu aku tak leh nak ikut coz time keja ku ada gak fikir pasal cuti..hehe...= p/s pelajar jgn ikut..he

flashback jap time sukan ..best gak arr... salunya ku jd MC... tapi kali ney sengaja try post baru jadi penyelia peserta n kuarantin... gila beb... naik lenguh tulis nama bebudak mendaftar..nasib baik incharged kategori 18 thn, kurang sikit mensia... kalo tak mau kebas jejari ku yang meMULUS..ngeee.. tapi memang enjoy giler la..macam2 karenah ada n satu lagi macam2 bau masok lubang idong neh time pendaftaran ..pagi okey lagi ..petang masyaAllah hahaha... memang naik bunga lubang idu'n ..hihi

satu lagi dudok kat kaunter pendaftaran ney best gak tengok keletah bebudak . tapi..hello!!  ingat kami kaunter peRmintaan ker? haha macam2 permintaan ada.. chegu bleh bagi lorong yang bagus tak? Chegu spray kaki ada tak? chegu ada air tak? wah 3x ... ngeee.. 

ada gak satu siaran best ku n member pendaftaran tengok tadi... dlm dok leka tengok budak lari acara 100 M akhir kategori 18 lelaki...kita orang terkejut berok la.. apa taknya.. lepas je salah sorang peserta tu sampai ke garisan penamat... dia boleh menten jalan n MENGUAP lagi..walllaaaaa..aku kagum giler weh.. kalo yang lain dah terjelepok tahan nafas penat dia bleh menten jalan smbil nguap tak ker gilerrrrrrrrr...aku dengan baik hati bagi la air kat die.. takut lak pastu dier tertidur keboringan time lari..hahaha nasib baik dah habis acara akhir..;)

Emph..upload gmbr jap eh.. ney time penutupan ..palagi? posing la.. memang dah hobi bergambar..hihi.. 
hari ney sengaja pakai baju kaler merah..biar terang ..haha

Ney gambar ehsan daripada hp kawan..hehe.. sori tak banyak gmbr..camera lupa kat kg...uwaaaaaaaa..

Emph..rumah ARENA dapat no.2 tumpang gak la bangga nyer walo  bukan pengurus pasukan..hehe... janji aku rock sokong budak2 umah ARENA kat tepi padang..sampai jatoh2 HP ku yang dah sedia koman ..ish macam nak suroh beli baru jer.. (alasan jer) hihi

tengok rakan2 guru lumba lari bagi acara pegawai tadi berdetik jugak rasa hati nak ikut lumba lari tapi.. lama dah tak bersenam  karang jadi penyumbang pada kekalahan lak..tapi aku memang sure la kalo letak anjing belakang aku kompom aku menang ... 800 M pun tentu aku tahan lagi lari..hihi

Pendek kata sukan akan jadi best kalo kita rasa best..hehe kalo kita rasa tak best memang kita rasa boring.. hehe.. ntah apa aku merapu ney..hhehehe.. sebenarnya sajer je nak kongsi kat dlm blog aku ney.. wachaaaaa...tapi bagi aku sukan memang best untuk release tension..tapi bukan aku yang bersukan la ..aku tengok jer..hiks


Tuesday, February 15, 2011

Selamat Meraikan Kelahiran Rasullullah

alangkah indahnya hidup ini.. andainya aku dapat tatap akan wajahmu.. dan pasti laju2 mengalir airmataku itu.. kerna pancaran ketenanganmu…


alangkah indahnya hidup ini.. andainya aku dapat kucup tanganmu itu.. dan aku mengharap.. semoga keberkatanmu itu, mengalir dalam diriku.. untuk aku mengikut jejak langkahmu itu…


kami sangat merindui padamu.. Ya Rasulullah…
sygnya kami tiada berkesempatana ke arah itu.....!!!
Dlm keghairahan anak2 muda menyambut Hari Berkasih Sayang semalam..kunun-kununya.. aku terpegun plak pabila ari ni maseh ramai  anak2 muda remaja terlibat dlm perarakan Maulidur Rasul di Bintulu... hati lega kesyukuran kerana maseh ada anak2 remaja yang kekal menunjukkan tanda kasih sayang kepada Nabi Muhammad SAW...moga fenomena ini berterusan sampai bila2..
dan ... Hati dihambat rasa kesyukuran yang bertambah apabila kontijen SMK Kidurong berjaya mengekalkan Kontijen Terbaik untuk tahun ni dan semestinya Johan Sepanduk... Tahniah untuk para guru yang terlibat dan anak2 pelajar yang dikasihi atas penglibatan dan komitmen yang padu dari kalian..
Kontijen Perarakan Maulidur Rasul Versi Guru

Kami Yang Ceria

Semoga Tahun dpn kita maseh berkesempatan untuk bersama-sama lagi di Esplanade..BIntulu..caiyo2 untuk diriku sendiri kerana menamatkan perjalanan kaki yang panjang melalui kampung Datu n Kampung Dagang..hehe.. keras lutut weh..haha n caiyo2 jugak untuk rakan2 yang lain dan semua pelajar SMK Kidurong yang terlibat...Maju Terus Maju
bukan sengaje..panas..he
Add caption

Sepanduk SMK Kidurong



Friday, February 4, 2011

Aku N Avon

Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi Fa Choi.. 
untuk sapa2 yang meraikannya..
Moga tahun ini banyak Ong ma... hehehe

yuhu..
emph...umpama pepatah setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya kembali ke belakang lembu jugak akhirnya..ulps..mengapa belakang lembu? bukan belakang kerbau ker? hiks.. kampung i tak de kerbau laaa.. so terpaksa la tukar ke belakang lembu.. hehe.. jgn marah cegu BM..hehe  balik kampung memang seronok.. walo tidak ada bangunan konkrit tinggi mencakar langit..semuanya rendah2 menurap bumi jer.. tp janji aku rock balik kpg..ngee..tapi rock ker aku? haha..yeppa memang aku rock ..rock pisau seposen..kalo tahap rock kapak ku takut.. nampak cam KIJAM jer bunyi nyer..hehe
satu perkara yang menjadi kemestian bila aku balik kpg ialah borong brg avon adik aku..emph die ni dealer avon so aku pun jadi la buyer nyer..hehe.. tolong beli saja maaaaa..
so cuti nie pa benda lak yang ku borong?  jeng jeng jeng.
Beg munge-munge ini berjaya menambat hati..walo murah tapi ok lah untuk letak lipstik n bedak..hehe

petak2 idaman kalbu..ngee yang ni lak untuk letak berus gg..

yang ni i tak beli..adik bagi.. rembat jer la..hehe

wajib ada..sementara ada offer..jom la bantai..rm12.10 jer..kat watson blum tentu rege ni tau


Professional lash booster + biar mulu mater lentik cam karton barbie

Island glow = M305 kaler pink..my peberet..

emph.. yang ni paling cantek..tambah collection...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...