JoM = KiTa PEnGYu

Saturday, February 28, 2015



“2 MAC 2015 (ISNIN)”

Keputusan keseluruhan STPM untuk kohort kedua 2013/14 akan diumumkan.  2 hari ini rancak debar di dada.  Berdegup-degup menggila bagaikan aku pula empunya keputusan peperiksaan.   

Bunyinya persis HIPERBOLA tapi itulah hakikatnya yang semua guru rasai bilamana keputusan peperiksaan keluar.  Apatah lagi dengan deretan mesej yang masuk ke kotak pesanan ringkas .. itu belum lagi bila mobile data di on.. sepantas kilat pula masuk whatsapp. Wechat, viber dan LINE daripada para pelajar berkongsi debar rasa.  Kalau buka pula mukabuku… kompom noti penuh pasal STPM bakal keluar.  


A.D.A.T ya itu memang lumrah biasa kehidupan bergelar pelajar. Aku tidak ingin mengeluh melayani karenah mereka.  Sesungguhnya aku bersyukur.  Bersyukur kerana masih diberi ruang untuk berkongsi debar yang sama .. sama aku rasai belasan tahun lalu.  Menyakitkan untuk ditunggu tapi manis bila hasilnya seperti yang diharapkan.  Sebanyaknya aku ingin bersama mereka .. memberi kata-kata semangat.. menenangkan degupan kegelisahan dan menceriakan cuak yang mula menebal.


Cuma satu pesanku yang paling kerap buat anak didik.  Apapun keputusan yang bakal diperolehi .  jangan mudah berlagu kecewa. Kehidupan ini sangat luas untuk kita terokai.  Andai berjaya.. dakilah menara gading setinggi mungkin andai gagal itu bukan alasan menoktahkan kehidupan.  Kerana .. Kehidupan ini SATU PERCATURAN PILIHAN…

Mengapa memilih derita andai kita masih berpeluang mengecap bahagia?

Mengapa memilih putus asa andai kita masih berpeluang untuk bangkit semula?

Mengapa memilih untuk terus papa sedangkan banyak cara lain untuk menjadi kaya?

Dan andai GAGAL ke menara mengapa berhenti MENIMBA ILMU sedangkan banyak lagi gedung tumbuh melata untuk kalian kaut lubuk ilmu ????? 


Semuanya tuh di sini !! di hati !! Di hati kalian … pokok pangkalnya Cuma pilihan .  Bijak membuat PILIHAN anda berjaya .. malas membuat pilihan anda masih ditakuk lama…


Bagi yang berjaya … 
izinkan cikgu mengucapkan pra tahniah buat kalian.  Itu hasil yang anda tuai.  Itu buah yang kalian tanam. Itu manis yang kalian mesinkan. Itu ini itu ini itu iniiiiiiiiiiii !! …. Semuanya milik kalian.  Layak untuk diraikan.  Bergembiralah.. kalian memang layak untuk mengecap bahagia.  Jangan lupa bersyukur pada yang berkuasa.  Semua itu atas izinnya.   

Berpestalah selama mana yang kalian dambakan.  Tapi ingat perjalanan ini masih jauh.  Usai meraikan kegembiraan.  Mulai langkah terus ke depan… terus ke depan ! semoga SUKSES MENUNGGU kalian.. izinkan juga cikgu menumpang sedikit rasa gembira ! sedikit .. hanya sedikit !!


Sekian dulu titipan buat kalian yang sedang bergelut rasa  Apa pun keputusan hadapi dengan tabah!!
Cikgu masih di sini menunggu perkhabaran keputusan STPM 2013/14 !! Tetap setia di sini..

Kerana di sini bermulanya sebuah cinta.. hihi.. chewahhhh okbai !!





Friday, February 13, 2015



Aku dan MEREKA

Lama tidak menulis.  Buat jejari rasa kaku. 
Teringat dengan janji kepada rakan seuniversiti
Menghantar karya untuk diterbitkan. 
Janji pun tinggal janji !! bukan ingin mungkiri
Cuma masa berlari begitu pantas. 
Dan aku tidak punyai banyak waktu untuk berkarya
Tapi ..
Insha_Allah  satu masa nanti aku akan hantar koleksi yang ada
Sebagai satu perkongsian rasa buat semua.

Ceritaku hari ini..
Tentang aku dan x-students
Sepanjang minggu ini kami menerima kunjungan.
Kunjungan rindu daripada mereka yang pernah direnjis ilmu. 
Daripada kohort berbeza 2010 hingga lah 2014. 
Runtun jiwa rasa terharu
Bila wajah guru2 yang hampir bersawang
Masih segar diingatan kalian. 

Sepanjang minggu ini wajah kami dirias gembira
Melihat telatah yang lama tidak bersua.
Mendengar koleksi cerita yang membuahkan tawa.
Cerita tentang alam kampus mereka yang begitu menguja
Juga tentang alam kerjaya mereka yang begitu menduga
Sehingga cerita cinta mereka yang berbunga-bunga. 
Bertanya khabar nun jauh di seberang sana. 
Semuanya menggamit memori dan membuah rindu yang tiada tara. 
Alangkah indah andai dapat diundur masa. 
Tapi .. manakan mungkin menjadi nyata !!

Semua ini ..
Buat aku kian yakin dan percaya
Tentang takdir hidup sebagai pendidik
Tiada sesal untuk aku layari dunia perguruan
Kerana di sini lahirnya sebuah cinta
Antara aku dan para pelajar

Untuk kalian semua
Terima kasih sudi bertandang
Meleraikan rindu yang bukan kepalang
Terima kasih bertanya khabar
Menghilangkan segala bebanan rasa
Terima kasih sayang semua. 
Kami hargai ingatan yang ada

Salam peluk cium alam maya
Buat kalian yang serik mengusik rasa
-aku suka jadi cikgu-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...