JoM = KiTa PEnGYu

Wednesday, July 4, 2012

BELASUNGKAWA BUAT PELAJARKU JUGNEY ANAK KACKIT

Bicara lagi perihal kematian…

Sesungguhnya kematian itu memang tidak kenal siapa, lelaki atau perempuan, muda atau tua, yang berpangkat juga berdarjat, yang miskin atau kaya raya, yang pandai atau yang sering alpa, yang cantik, tampan atau hodoh. Yang baik atau jahat, juga sekalipun kematian itu tiada istilah pilihan hatta dia seorang guru mahupun pelajar.  Sesungguhnya Mati itu pasti!!.  Bicara pasal ajal tatkala ia menjemput kita, tidak akan ia lambat mahupun cepat waima seminitpun.  Janji Allah itu sentiasa tepat...

Pagi ini, tatkala sedang khusyuk menjirus ilmu, dada berombak kencang bila dikejutkan dengan berita kematian pelajar yang kiranya baru semalam bersua muka dan bergelak tawa rancak merencanakan aktiviti MPPU.  Terkesima !! Ya Allah begitu awal dia pergi sementelah usia baru menjengah 19 tahun, kiranya masih jauh perjalanan di bumi nan sedia luas ini.  Masih banyak liku liku hidup yang belum dirasai dan dinikmati. Namun takdir Tuhan tiada siapapun mampu menidakkannya.

Mengingati mendiang, memang dia seorang yang sangat pemurah dengan senyuman dan mudah ketawa.  Dan senyuman itu masih  terbayang hingga saat tulisan di blog ini dilakarkan.  Apatah lagi kesedihan memang masih terasa bilamana lawatan takziah di hospital pagi tadi mengundang beribu rasa, rasa sebak tiada tara melihat wajah-wajah sedih yang kehilangannya, juga rasa pilu meruntun jiwa mendengar sedu sedan tangisan menangisi pemergiaannya, dan… air mata ini pula seakan tiada punya rasa malu turut jatuh jua meratapi kehilangan dia, ya.. ..sumpah .. sampai bilapun tiada dpt lagi utk ditatapi. Meski Nampak mudah utk menuturkan, namun diharap keluarga jua sanak saudaranya tabah menghadapi saat getir ini . 

Apabila kematian menimpa pelajar kita,  yang usianya jauh lebih muda dari kita,  sejenak hati berdetik, betapa dunia hanya sementara, semakin kita kejar, semakin dunia melarikan diri dari kita dan ... akhirat juga yang abadi.  Ya Allah ku bermohon kepada-Mu agar kami yang tinggal ini tidak terus alpa dengan mainan dunia.. berilah kami hidayat-Mu agar terus mengingati kematian agar mampu kami ukur persediaan bekalan hidup di akhirat, menghindari diri dari penyakit bangga diri dan melembutkan hati serta jiwa kami yang keras seterusnya merapatkan ukhuwah kami yang mungkin ada yang renggang.

Belasungkawa ini khas untuk mu JUGNEY ANAK KACKIT.  Bekas pelajarku (6AA1) yang tidak sempat kami ramal dan kami corakkan masa depannya…  Segalanya tinggal kenangan.  Semoga rohmu tenang di sana. Dan bagi kami yang tinggal izinkan kami simpan kenangan bersamamu sebagai satu memori terindah yang tak mampu kami beli dengan wang ringgit.  –TENANGLAH KAU DI SANA- 



Wednesday, March 7, 2012

Selamat TInggal STPM 2011

Pastinya cikgu takkan pernah lupa 
untuk titipkan kalungan tahniah
buat kalian yang pernah singgah 
menghadir rasa gembira dan tawa, 
duka juga resah ke jiwa pendidik milik cikgu

sejujurnya tahniah ini lahir dari hati nan ikhlas
kerana kalian berjaya menjulang jaya
meski ada segelintir yang tergelincir 
dari landasan yang kalian impikan
 percayalah bahawa segalanya memang telah terencana
oleh-Nya

Tahniah kepada yang meraih kecemerlangan 
dan kepada yang kurang berjaya 
teruskan kehidupan
percayalah Tuhan ada sesuatu untuk kalian yang mungkin lebih bermakna daripada apa yang anda dapat pada hari ini..

Koleksi wajah mereka yang masih aku simpan dan membuat aku senyum hari ini..


yang tetap mencuit jiwa tinggalkan kenangan tiada bernoktah ..moga kalian menjadi insan berguna


terima kasih kerana menunaikan janji 
untuk BM kertas 1


kejayaan hari ini lebih maniskan Mazlina, Adha, Khatimah & Hazwani, Maxwell, Valentine ,Victor, LIm n Marliney ?? tinggalkan keperitan dendaan ...hehe


Walau apa pun keputusan yang kalian perolehi.. percayalah bahawa bumi ini luas dan rezeki itu ada di mana- mana.  


Cikgu doakan kalian terus sukses di mana-mana saja kalian berada

salam syg buat kalian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...