JoM = KiTa PEnGYu

Thursday, April 14, 2011

TeMaN LaMa




Minggu lalu aku terjumpa teman lama.  Tiada dirancang.  Cuma memandang dari jauh.  Tiada hasrat untuk menyapa jauh sekali untuk berjabat tangan. Yang pasti aku masih ingat dia,

Suami bertanya, mengapa tidak disapa teman sekepala? Teman sehidup tapi tidak semati? Aku jawab selamba.  Dia sudah kudeleted dari friendlist ku. Titik.  Dan perbualan kami mati di situ. 

Balik ke rumah, aku selongkar album2 lama.  Tiada satupun wajahnya menghuni ruang yang ada.  Dan aku temui jawapan. Mengapa dia aku padamkan dari senarai shbt yang ku ada. 

Ya, dia teman lama lagi mesra dulukala.  teman yang pernah mewarnai kehidupan zaman remaja.  Yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan denganku.  Kukira hubungan kami memang akrab.  Segala rahsia kami kongsi bersama.  Kongsi minat dan cerita yang sama,  tentang guru yang kami idolakan, Tentang pacaran, muzik dan filem tontonan.

Kukira aku seorang sahabat yang setia.  Teman yang baik pastinya.. meski ada yang tidak merasa. Yang penting aku tahu isi hati sendiri.  emak selalu berpesan sedari alam remaja sehingga ke alam kerjaya.  BerSahabat biar berpada2.  Berkawan ada batasnya.  Sahabat boleh datang beribu bersama kita tapi yang betul2 setia tatkala kita dilanda badai belum tentu ada.  Aku balas kata emak.  Sahabat yang kupilih selalunya yang mampu menyelamatkan aku tatkala aku lemas dilanda badai gelora.  Selalunya emak akan terdiam.  Aku tahu pasti jawapan berbaur hipokrit menjengkelkan hatinya.  Titik.

Sebenarnya dalam diam aku akui kata emak.  Sesungguhnya aku punyai ramai teman tetapi itu sekadar teman bersenyum mesra, teman sekepala terlalu sedikit rupanya. 

Dia, teman lama yang kuada.  Tempat aku sandarkan seluruh kesetiaan dlm persahabatan.  Tapi usia persahabatan kami terlerai tanpa AKU JANJI. Pudar begitu saja tanpa ada kata pasti. Hilang dan lenyap di bawa arus masa.  Tetapi aku tidak pernah menyalahkan masa atas semua ini, kerana aku percaya semua manusia pasti melalui perubahan.  Dan ternyata perubahan itu berlaku pada persahabatan kami.

Persahabatan kami terlerai tatkala keputusan peperiksaan STPM diumumkan.  Ternyata keputusan peperiksaan berpihak kepada ku dan tidak dia.  Berkali aku yakinkan dia agar menerima dengan redha sementelah dia telah jenuh usaha.  Tapi, kekecewaan dia mengatasi segala.  Nasihatku menghiasi pertemuan terakhir kami agar dia mengambil kembali ujian dan kami sama ke menara. 

Selepas itu, berita tentang dia kian tiada.  Panggilan telefon tiada lagi bertali arus begitu juga tinta.   Pelan2 kemesraan kami hilang. Dan aku tidak tahu salah aku apa? 

Tatkala aku ditawarkan ke Universiti, kami atur pertemuan sebelum keberangkatanku.  Ternyata itu kemesraan kami yang terakhir.  Dia mohon aku pulangkan semua gambarnya. Katanya untuk isi borang.  Konon2nya dia tiada koleksi gbr yang jelas dan terang.  Cetek pengetahuan dan nilaian ku waktu itu.  Aku pulangkan kerana aku tiada temui isi tersiratnya. 

Hanya selepas itu baru aku mengerti, itupun selepas aku cuba kupas kenangan2 lama.  Baru aku tahu bahawa dia tidak mahu aku simpan gbrnya sebagai kenangan.  Lalu Aku ambil keputusan untuk lupakan dia, kerana jauh di sudut hatiku terguris lagi calar.

Cuma satu yang kukesal.   Andai kerana tuah jayaku yang menjadi punca.. maka maafkan aku.  Kerana kita telah sama2 berusaha.  Belajar bersama di perkarangan, malam hari menjelang peperiksaan.  Dan aku tidak pernah menyembunyikan ilmu yang kuada.

Itu kisah tentang aku dan teman lama.  Setelah bertahun pernah jua bersua, dan cuba merapat jurang yang sedia tercipta namun kemesraan antara kami memang tiada lagi.  Dan aku percaya bahawa dia hanya teman dan tak mampu menemaniku sampai kapan pun.

6 comments:

halila Ibrahim said...

waduh.. waduh... gayanya emang gini cara tulisanya dong.... puitis benar bahasanya..

Sabar je lah Myna... buat macam saya.. nak kawan kawan.. nak tegur.. tegur.. tak mau kawan sudah.. ada aku kisah...(w/pun dlm hati kekadang terasa jua)

Myna RaHmaNd said...

apa kamu lupa emangnya aku chegu yang berbunga bahasa.. hihihi.. ila.. teringat kenangan indah kita kat usm. walau singkat tp hebat. he

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

eh sampai begitu sekali kekecewaan teman kamu ya..manusia mmmg aneh..mungkin dia cemburu sekali pd kejayaan kamu sampai bertindak demikian..

sy juga ada sorang teman yg penah sekali tikam belakang..sbnrnya sy x penah mengaku lagi dia seorang teman walaupun dia masih lg menjadi teman sy di pesbuk..sy cuma memadam dia dr ingatan dan x penah maafkan dia..

dygkhairunisa said...

sahabat sejati sentiasa di hati cgu,
walau jauh dimata tapi akn tetap di hati..

Myna RaHmaNd said...

cik betty: betol tu... tapi kekadang memaaf tu bleh kita lakukan tapi untuk melupakan apa dia buat tu yang payah...

Myna RaHmaNd said...

Dyg: sabahat yang baik akan sentiasa di hati walo wajah nya buruk sekalipun..betol tak ...jenjiwang lak..hihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...