JoM = KiTa PEnGYu

Sunday, May 8, 2011

Antara AJAIBNYA TANGAN IBU dan HARI IBU ADALAH "HARAM"

HEPI MOTHER’S DAY semestinya untuk mak aku biapun dia pasti tak baca pong belog aku ney..hehe.. n pasti jugak untuk mak mertua aku.  Tima kaseh kerna salu bagi yang terbaek dlm hidup aku... dan kepada seluruh warga ibu di seluruh dunia... hepi mothers day untuk korang sumer.. moga kita berjaya menjadi ibu yang baik.


Pagi2 lagi... Aku koling2 mak

Aku     :              Assalamualaikum mak
Mak     :              Waalailkum’salam
Aku     :               Buat ape?
Mak     :              Tengah tengok2 kan bapak ko
Aku     :               kenapa ngan Bapak?
Mak     :               Tak sihat, tadi pas subuh dia cam nak rebah, sempat mak sambut n mak panggil jiran sebelah tolong tengokkan dia sementara mak telefon ...bla bla bla.... tapi la ni dah okey sikit dah dia...
Aku     :               Bla.. bla.. bla.. kalo masih tak sihat bawa g klinik..bla bla
Mak     :               Ya.. bla..bla..bla..
Aku     :               Mak.. selamat Hari Ibu...moga panjang umur dan selalu berada sisi kami... mak i lop u.  Nanti 2 minggu lagi balik kpg baru bagi hadiah key.
Mak     :               {ketawa kecil} timakaseh. Tak payah hadiah2 ..cukup dah ucap ngn mak pagi ni
Aku     :               Uwaaaaaaaa sebak

Dalam solat ada satu perkara yang tak pernah lupa aku pohon.. agar usia mak n bapak dipanjangkan... sesungguhnya aku mahu mereka sentiasa ada disamping aku... selamat ari ibu... bukan untuk ari ni ajer tapi untuk setiap ari n setiap nafasmu berdetik.  Kesiannya di saat sambutan ari ibu hanya dia n bapak jer kat umah.  Anak2 sume dah kuar merantau

Dulu time kecik2 tak ada istilah ari ibu.  Tapi Itu tidak bermakna aku tak sayang emak aku.. Cuma bila dewasa ni ari ibu dah disambut secara rasminya...

Ada pendapat kata sambut ari ibu ni haram bagi orang ISLAM. Tak caya : nah aku dah copy pun [baca erk]

HARI IBU ADALAH "HARAM"
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Bottom of Form

Tapi bagi aku ..yang mungkin cetek ilmu agama dan pendapat yang tak seberapa neh..tak salah untuk aku sambut ari ibu ... bukan kita nak ikut org barat.  Janji niat aku ikhlas.  Sebagai muslim Hari ibu rasanya kita boleh sambut kerana ia tak mendatangkan dosa dan maksiat cam Valentine Day.  Pe pun itu Cuma pendapat aku ... maaf yer kalo ada yang marah baca entry ney.

Sempena ari ibu ney aku ingin gak kongsikan satu sajak... bukan nukilan aku..hehe.. aku copy coz sajaknya menyentuh jiwa... cebace cebace..hehe



AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)
Top of Form

Aku mungkin bukan anak yang sempurna tapi Semestinya aku sentiasa berharap agar aku jadi anak yang baik kepada emak aku .. jauhkan sifat derhaka dalam diriku Ya Allah... dan moga juga aku berjaya jadi ibu yang baik kepada Aidid.  



u/p : Terharu bila pagi tadi Aidid ucap : SheLAMAT ADI IBU . MUM.  Tu pun Abam ajar..hahaha

No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...