JoM = KiTa PEnGYu

Friday, February 13, 2015



Aku dan MEREKA

Lama tidak menulis.  Buat jejari rasa kaku. 
Teringat dengan janji kepada rakan seuniversiti
Menghantar karya untuk diterbitkan. 
Janji pun tinggal janji !! bukan ingin mungkiri
Cuma masa berlari begitu pantas. 
Dan aku tidak punyai banyak waktu untuk berkarya
Tapi ..
Insha_Allah  satu masa nanti aku akan hantar koleksi yang ada
Sebagai satu perkongsian rasa buat semua.

Ceritaku hari ini..
Tentang aku dan x-students
Sepanjang minggu ini kami menerima kunjungan.
Kunjungan rindu daripada mereka yang pernah direnjis ilmu. 
Daripada kohort berbeza 2010 hingga lah 2014. 
Runtun jiwa rasa terharu
Bila wajah guru2 yang hampir bersawang
Masih segar diingatan kalian. 

Sepanjang minggu ini wajah kami dirias gembira
Melihat telatah yang lama tidak bersua.
Mendengar koleksi cerita yang membuahkan tawa.
Cerita tentang alam kampus mereka yang begitu menguja
Juga tentang alam kerjaya mereka yang begitu menduga
Sehingga cerita cinta mereka yang berbunga-bunga. 
Bertanya khabar nun jauh di seberang sana. 
Semuanya menggamit memori dan membuah rindu yang tiada tara. 
Alangkah indah andai dapat diundur masa. 
Tapi .. manakan mungkin menjadi nyata !!

Semua ini ..
Buat aku kian yakin dan percaya
Tentang takdir hidup sebagai pendidik
Tiada sesal untuk aku layari dunia perguruan
Kerana di sini lahirnya sebuah cinta
Antara aku dan para pelajar

Untuk kalian semua
Terima kasih sudi bertandang
Meleraikan rindu yang bukan kepalang
Terima kasih bertanya khabar
Menghilangkan segala bebanan rasa
Terima kasih sayang semua. 
Kami hargai ingatan yang ada

Salam peluk cium alam maya
Buat kalian yang serik mengusik rasa
-aku suka jadi cikgu-


No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...