Aku
dan MEREKA
Lama
tidak menulis. Buat jejari rasa kaku.
Teringat
dengan janji kepada rakan seuniversiti
Menghantar
karya untuk diterbitkan.
Janji
pun tinggal janji !! bukan ingin mungkiri
Cuma
masa berlari begitu pantas.
Dan
aku tidak punyai banyak waktu untuk berkarya
Tapi
..
Insha_Allah satu masa nanti aku akan hantar koleksi yang
ada
Sebagai
satu perkongsian rasa buat semua.
Ceritaku
hari ini..
Tentang
aku dan x-students
Sepanjang
minggu ini kami menerima kunjungan.
Kunjungan
rindu daripada mereka yang pernah direnjis ilmu.
Daripada
kohort berbeza 2010 hingga lah 2014.
Runtun
jiwa rasa terharu
Bila
wajah guru2 yang hampir bersawang
Masih
segar diingatan kalian.
Sepanjang
minggu ini wajah kami dirias gembira
Melihat
telatah yang lama tidak bersua.
Mendengar
koleksi cerita yang membuahkan tawa.
Cerita
tentang alam kampus mereka yang begitu menguja
Juga
tentang alam kerjaya mereka yang begitu menduga
Sehingga
cerita cinta mereka yang berbunga-bunga.
Bertanya
khabar nun jauh di seberang sana.
Semuanya
menggamit memori dan membuah rindu yang tiada tara.
Alangkah
indah andai dapat diundur masa.
Tapi
.. manakan mungkin menjadi nyata !!
Semua
ini ..
Buat
aku kian yakin dan percaya
Tentang
takdir hidup sebagai pendidik
Tiada
sesal untuk aku layari dunia perguruan
Kerana
di sini lahirnya sebuah cinta
Antara
aku dan para pelajar
Untuk
kalian semua
Terima
kasih sudi bertandang
Meleraikan
rindu yang bukan kepalang
Terima
kasih bertanya khabar
Menghilangkan
segala bebanan rasa
Terima
kasih sayang semua.
Kami
hargai ingatan yang ada
Salam
peluk cium alam maya
Buat
kalian yang serik mengusik rasa
-aku suka jadi cikgu-
No comments:
Post a Comment