“2 MAC 2015 (ISNIN)”
Keputusan keseluruhan STPM untuk kohort kedua 2013/14
akan diumumkan. 2 hari ini rancak debar
di dada. Berdegup-degup menggila
bagaikan aku pula empunya keputusan peperiksaan.
Bunyinya persis HIPERBOLA tapi itulah hakikatnya
yang semua guru rasai bilamana keputusan peperiksaan keluar. Apatah lagi dengan deretan mesej yang masuk
ke kotak pesanan ringkas .. itu belum lagi bila mobile data di on.. sepantas
kilat pula masuk whatsapp. Wechat, viber dan LINE daripada para pelajar
berkongsi debar rasa. Kalau buka pula
mukabuku… kompom noti penuh pasal STPM bakal keluar.
A.D.A.T ya itu memang lumrah biasa kehidupan bergelar
pelajar. Aku tidak ingin mengeluh
melayani karenah mereka. Sesungguhnya aku
bersyukur. Bersyukur kerana masih diberi
ruang untuk berkongsi debar yang sama .. sama aku rasai belasan tahun
lalu. Menyakitkan untuk ditunggu tapi
manis bila hasilnya seperti yang diharapkan.
Sebanyaknya aku ingin bersama mereka .. memberi kata-kata semangat..
menenangkan degupan kegelisahan dan menceriakan cuak yang mula menebal.
Cuma satu pesanku yang paling kerap buat anak didik. Apapun keputusan yang bakal diperolehi . jangan mudah berlagu kecewa. Kehidupan ini
sangat luas untuk kita terokai. Andai berjaya..
dakilah menara gading setinggi mungkin andai gagal itu bukan alasan menoktahkan
kehidupan. Kerana .. Kehidupan ini SATU
PERCATURAN PILIHAN…
Mengapa memilih derita andai kita masih berpeluang
mengecap bahagia?
Mengapa memilih putus asa andai kita masih berpeluang
untuk bangkit semula?
Mengapa memilih untuk terus papa sedangkan banyak cara
lain untuk menjadi kaya?
Dan andai GAGAL ke menara mengapa berhenti MENIMBA ILMU
sedangkan banyak lagi gedung tumbuh melata untuk kalian kaut lubuk ilmu ?????
Semuanya tuh di sini !! di hati !! Di hati kalian … pokok
pangkalnya Cuma pilihan . Bijak membuat PILIHAN anda berjaya .. malas membuat
pilihan anda masih ditakuk lama…
Bagi yang berjaya …
izinkan cikgu mengucapkan pra tahniah
buat kalian. Itu hasil yang anda tuai. Itu buah yang kalian tanam. Itu manis yang
kalian mesinkan. Itu ini itu ini itu iniiiiiiiiiiii !! …. Semuanya milik
kalian. Layak untuk diraikan. Bergembiralah.. kalian memang layak untuk
mengecap bahagia. Jangan lupa bersyukur
pada yang berkuasa. Semua itu atas
izinnya.
Berpestalah selama mana yang
kalian dambakan. Tapi ingat perjalanan
ini masih jauh. Usai meraikan
kegembiraan. Mulai langkah terus ke
depan… terus ke depan ! semoga SUKSES MENUNGGU kalian.. izinkan juga cikgu
menumpang sedikit rasa gembira ! sedikit .. hanya sedikit !!
Sekian dulu titipan buat kalian yang sedang bergelut rasa
Apa pun keputusan hadapi dengan tabah!!
Cikgu masih di sini menunggu perkhabaran keputusan STPM
2013/14 !! Tetap setia di sini..
Kerana di sini bermulanya sebuah cinta.. hihi.. chewahhhh
okbai !!